Wednesday, April 14, 2010

Akulah watak utamanya...

BAB 5

Putus segala usus-usus, buah pinggang pecah, degupan jantung berentak ‘Amarah CTKD’, cuaca yang tadinya redup kian memanas. Itulah perasaan aku apabila Eja dengan murah hatinya menuturkan ayat, “ Boleh, apa salahnya. Kami pun bertiga saja, ada 1 lagi kosong” kepada sorang mamat bernama Ilham yang menyatakan persetujuan untuk bersama-sama pergi ke kenduri kahwin adik Fikhri menaiki kereta Myvi kesayangan aku.

Matlamat: Tidak dapat dikesan. Eja sepatutnya tahu yang dirinya sudah berteman tetapi masih mengajak Ilham bersama.

Kesan kepada aku: Aku akan tidak senang duduk dalam kereta itu nanti, walaupun menggunakan kereta aku. Kerana Eja dan Syuhada selalu gagal dalam Ujian Bukit ketika mengambil lesen memandu.

Kesimpulan: Eja ada muslihat tersendiri.

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, aku perlu memandu kereta tersebut dan Ilham berada bersama dalam kereta aku. Eja selalu memandai, aku tidak pasti lagi mahu pergi atau tidak kenduri tersebut kerana pasti Abah dan Ibu dijemput sekali kerana rumah Fikhri sangatlah dekat dengan rumah aku. Hish!


“Perempuan! Kau tak siap lagi, kan kita nak pergi kenduri Fikhri, cepatlah siap,” arah Eja melihat aku masih berkain batik dan T-Shirt.
“Ada aku kata nak pergi?” balasku.
“Kan kita nak pergi dengan mamat Ilham tu, kau lupa ke?”
“Pertama, aku tak pernah pun cakap nak pergi kenduri tu, sebab aku tak pasti. Dan kedua, kau yang cakap ‘boleh, apa salahnya,’, sendiri lah tanggung,” balasku sinis.
“Okey, kalu macam tu, kita orang pinjam kereta akau boleh?” tanya Eja laju. Pinjam? Siapa yang mahu memandu. Dua-dua tiada lesen. Ilham? Ini tak boleh jadi. Aku memandang dua muka mintak penerajang dihadapan aku. Sejak bila Syuhada menepek di pintu bilik aku, aku tidak perasan.
“Yalah, yalah, give me 10,” putusku akhirnya. Kali terakhir keretaku dipinjam mereka, 400 melayang begitu sahaja. Kalau ada yang hendak bayar, tidak mengapa juga. Alasannya, “Aku kerja kerani mana nak ada duit” dan kalau tidak diberi pinjam, “Alah Tipah, kedekut. Bukan orang lain kawan-kawan je”. Dan disebabkan tidak mahu mendengar ayat itulah, aku sedang merenung penampilan diri dalam cermin. Baju kurung moden jenis ‘kain sari’ biru gelap dipadankan dengan kain yang bercorak sedondon serta bertudung yang juga sedondon. Ringkas dan menunjukkan kepada umum yang aku ‘tidak mahu pergi’. Lagipun aku mengutamakan paraturan berpakaian ke kenduri, jangan sesekali memakai baju berwarna cerah seperti putih, kuning, gold dan sebagainya, kerana sebarang kejadian berkaitan ‘kemana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke baju anda’ boleh berlaku.
“Dah, jom,” ujarku kepada mereka sambil berjalan menuju ke pintu.
“Haa, macam inilah anak dara Syed Bakri, cantik, baik, dan bersopan santun,” ayat pujian dari Eja yang hanya mendatangkan kembali perasaan mahu menerejang orang yang sudah hilang sebentar tadi.
“Ek eleh Eja, sudahlah, kau ingat dia termakan ke pujian kau tu,” Syuhada menyampuk.
“Alah, mengampu pun tak boleh. Fine!” menarik munjung sedepa.


Seperti Eja dan Ilham janjikan, Ilham akan menunggu di pusat tuisyen dan kami datang mengambilnya. Ini yang Eja kata gentlemen, nasib baik dia cikgu pusat tuisyen aku. Memasuki perkarangan pusat tuisyen, aku sudah nampak kelibat Ilham berdiri disebelah motor LC nya, atau Lagenda. Apa sahajalah.
“Lama tunggu?” Eja menurunkan cermin kereta.
“Tak juga, baru juga lah sampai,” balasnya.
“Sorry lah, Tipah buat hal,” akhirnya aku jugalah yang dipersalahkan. Aku sekadar menyengih. Layan sahaja Eja bila dia sudah buka mulut.
“I’ll drive,” pintanya sambil membuka pintu bahagian pemandu. Aku memandang sejenak wajahnya. Manalah tahu dia sekadar berlagak gentlemen, atau ini cara dia bergurau. Serius, ada sedikit senyuman.
“My pleasure,” balasku. Mungkin dia malu kalau perempuan yang memandu sementara dia duduk disebelah. Lelaki…. Aku keluar dari kereta dan mahu mengambil tempat duduk di belakang memandangkan Eja yang duduk disebelah pemandu, tetapi, aku terkedu seketika. Tempat sebelah pemandu kosong. Eja hilang! Ke tandas kah? Oh, rupanya dia sudah berpindah ke belakang dan aku serba salah mahu duduk di depan.
“Shall we go now, atau awak nak berjemur sekejap kat luar tu?” tegur Ilham yang seperti sedar apa yang berlaku. Tapi tidak perlulah memerli aku, ada juga yang jalan kaki pergi kenduri nanti.
“Oh, tak, saja tengok tahi burung atas kereta ni, tak perasan pula pagi tadi,” balasku selamba sambil memasuki kereta.
Seperti yang aku jangka akan akan kesan perbuatan Eja terhadap aku. Memang aku tidak senang duduk. Nasib baik Eja dan Syuhada ada, mereka berdua banyak bertanya itu dan ini walaupun soalan itu kedengaran kurang bijak seperti,
“Nama awak Ilham sahaja ke?” Syuhada bertanya lurus.
“Awak orang mana? Mak bapa awak kaya tak?” Syuhada dalam versi sudah hampir hilang kawalan kerana kebuntuan idea untuk bertanya.
“Awak single or dah kahwin?” itu pasti datangnya dari Eja.
“Awak ada bela pet tak?” Syuhada sudah boleh diam sekarang. Tetapi yang menariknya, semua soalan mereka dijawab dengan selamba dan kadangkala diselit ketawa. Lagaknya seperti dia sudah biasa dengan semua itu. Sehingga dia tanpa segan silu mengatakan bahawa dia ada membela singa sambil ketawa walaupun aku cuma memandangnya pelik. Singa? Sama ada betul atau tidak, aku tidak tahu. Mungkin dia symbolized singa dengan seseorang atau dia memang betul-betul bela singa. Dia sendiri pernah melakukan banyak kerja, mungkin itu adalh salah satu dari kerjanya.
Ketika aku sedang asyik melakonkan watak batu dalam kereta, baru kusedar, kami sudah sampai ke simpang menuju rumah Fikhri dan yang penting, sudah semakin hampir dengan rumah aku. Harap-harap Ibu tertidur tengah hari dan tidak dapat hadir kenduri. tidak pun, Adik terhilangkan kunci rumah sehingga mereka tidak dapat keluar. Mengarut! Ibu dan Abah pasti hadir. Adakah babak-babak dramatik akan berlaku antara kami? Adakah kenduri yang meriah akan bertukar sedih mengenangkan nasibku ini? Ini bukan filem Tipah. Ini realiti. Dan semua orang nak jadi watak utama, jadi tak mungkin segala babak yang muncul dalam fikiranku menjadi kenyataan. Aku menghembuskan nafas lega kerana akhirnya aku berjaya menenangkan diri sendiri. Inilah masalahnya kalau suka berangan.


sudah hampir dua minggu sejak peristiwa aku terempak dengan Ibu, Abah, Angah, dan Adik masa kenduri adik Fikhri. Sedih? Mungkin, gembira? Juga mungkin. Ibu tidak tertidur tengah hari itu dan Adik juga tidak terhilangkan kunci rumah. Ketika menghampiri mereka aku cuma sempat menyalami Ibu sebelum tangannya ditarik Abah. Aku hampir-hampir menitikkan air mata dalam meriah suasana meraikan mempelai. Namun kutahan. Syuhada dan Eja segera menarik tanganku sambil menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru. Mereka berjaya menyebabkan aku ketawa. Lagu Selamat Pengantin Baru dan adegan air mata, memang sesuai.
Sejak saat itu jugalah aku merasakan seperti mamat yang bernama Ilham itu sering memberi pandangan simpati. Walaupun aku sangat pasti yang dia tidak tahu akan kisah hidup aku melainkan Fikhri atau Eja terlebih ramah, sehingga mahu menceritakannya, itu cerita lain. Tetapi jika dia tidak tahu akan hal tersebut, tidak mungkin setiap kali kami bertembung di pusat tuisyen dia akan memberikan senyuman yang maha ikhlas, seperti simpati pun ada. Persoalannya mengapa? Mungkin dia sengaja berbuat demikian kerana aku telah menumpangkannnya untuk bersama ke kenduri, atau dia terkena penyakit sendi mulut, mungkin. Atau dia sukakan aku? Hish! Mamat konon gentlemen yang menumpangkan kereta aku untuk pergi kenduri dan berpenyakit sendu mulut? Oh, tidak, tidak. Bukan jodohku dengan orang sebegitu walaupun Eja dan Syuhada selalu mengatakan,
“Kau orang berdua nampak sesuai lah,” Syuhada meyokong Eja. Baru kusedar itu muslihat Eja mahu menumpangkan Ilham.
“Kalau dapat anak mesti comel,” Eja menambah.
“Kalau akudapat anak, yang pastinya bukan dengan mamat tu, aku akan jauhkannya dari kau orang, aku risau anak aku sewel pula nanti,” balasku panjang.
“Alah, sewel-sewel pun kawan kau juga,” Eja menjawab.
“3 orang sewel, duduk satu rumah,
Boleh jadi sewel, tengok anak Tipah,” Syuhada menyanyi-nyanyi lagu rekaannya sendiri sambil berlalu ke dapur. Pecah gelak kami bertiga. Huh! Sewel, sewel.

No comments:

Post a Comment