Tuesday, April 6, 2010

Akulah watak utamanya...

BAB 3


Suasana di Pusat Tuisyen Skor masih seperti biasa. Biasa. Kanak-kanak, kereta ibu bapa mereka, kereta guru-guru, orang lalu lalang yang menganggap pusat tuisyen ini rumah asuhan dan berbagai-bagai lagi tanggapan negatif, positif dan neutral masyarakat Malaysia. Juga sudah menjadi rutin guru-guru yang mengajar disini akan bersembang dan berjenaka apabila ketiadaan pelajar. Memang adalah rutin harian.
“Anis, you tahu tak, hari ini ada cikgu baru masuk, lelaki,” Iza memulakan bicara, melihat Farah yang sangat lapang ketika itu.
“Yeke?”
“Ya.”
“Bangsa?”
“Melayu.”
“Ooooh.”
“Chinese look.”
“Double oooh. Handsome?”
“Extremely hot.”
“Karakteristik lain yang boleh menggugat keimanan aku?”
“Tinggi, Master’s holder, dan tak peramah macam Fikhri.”
“Kacak, bijak dan tegak,” mereka ketawa kemudiannya.
“Iza, Farah, kau orang cerita apa?” Fikhri datang menyampuk. Memang salah satu sifatnya.
“Ala, hal perempuan lah, kau tak nak tahu nyer,” menjawab acuh tak acuh.
“Mengumpat lah tu, tak pun cerita lelaki, macam lah aku tak kenal korang,” balas Fikhri.
“Eh, kau jangan nak tuduh kita orang tau, kita orang bincang business la,” membalas menutup kesalahan sambil mata menjeling.
“Ok,” sambil tangan menunjuk ke siling “Dia tahu,” menyambung dan tersenyum.


“Thanks Tipah. Kau balik malam atau petang?” Tanya Eja ketika aku menghantarnya pulang ke ofis setelah makan tengah hari.
“Malam rasanya, ‘cuti’,” ujarku tersengih. Aku kemudian berlalu menuju Pusat tuisyen. Perjalanan aku dari ofis Eja tersangatlah dekat tapi Eja adalah seorang yang dilahirkan pemalas dan sangat pemalas untuk berjalan kaki. Memasuki perkarangan Pusat tuisyen, kelibat seorang manusia berkemeja putih menjamu mata. Salesman.
Aku menuruni kereta Myvi aku yang cantik tidak berbasuh, melangkah menuju ke pejabat.
“Maaf Cik, tumpang tanya pejabat arah mana?” salesman tadi menegur aku. Aku berpaling dan berura-ura hendak mengatakan ‘pejabat baru terbakar semalam, encik jual barang apa?’. Walaupun kelihatan biadap tapi sudah terang lagi bersuluh cahaya matahari tengah hari ini bahawa, JURUJUAL DILARANG MASUK. Adakah tidak bijak membaca? Namun semua itu terhapus dalam satu kerdipan mata. Sebelum sempat aku mengatakan apa-apa….
“Awak. Awak kerja disini ke?” lelaki tadi bertanya kembali.
“Ya, ya. Awak buat apa datang sini? Jual barang?” terlepas. Mulut kau memang tiada insuran, Tipah. Tapi penampilan dia sesuai dengan salesman. Kemeja putih, tali leher hitam, ada fail-fail, muka boleh tahan. Memang kriteria seorang jurujual yang berjaya. Kecuali dia tidak berjaya membaca papan tanda JURUJUAL DILARANG MASUK di pintu pagar. Dan dia adalah ‘lelaki kemeja putih’.
“Oh tak, saya datang untuk temu duga cikgu. Semalam saya dah datang tapi bos tak ada,” maka dengan berakhirnya ayat tersebut, Syarifah Intan Sabrina meninggal dunia kerana terkejut. Tamat.
“Awak, mulut ternganga boleh masuk lalat.”
“Oh tak, saya sedang menghirup udara segar. Saya memang selalu buat macam ni,” tenang Tipah, tenang.
“Kebetulan saya juga mahu ke pejabat, marilah,” ujarku bersopan. Kalah Nurkhiriah. Lakonan mantap dari Tipah. Lepas ini aku nak cakap apa? “April Fool! Sebenarnya saya ketua Pusat Tuisyen Skor ini.” Terlalu ceria dan berlagak ketua dan sekarang bukan bulan april. Ah, lantaklah, panggil sahaja dia masuk setelah mengisi borang-borang yang ada. Ya, itulah yang akn aku suruh Lin lakukan. Aku akan menemu duga dia. Aku seorang yang profesional. Go!


Nama Mohd Ilham B. Ghazali, asal dari Ipoh, Perak. Pemegang Ijazah Pendidikan Matematik UPM. Juga pemegang Sarjana Pendidikan. Bijak.
“Berdasarkan latar belakang pengajian awak, bukankah bekerja di sebuah Pusat Tuisyen kurang berbaloi?”
“Adakah lebih berbaloi jika saya bekerja di sekolah-sekolah atau pusat tuisyen lain?” aku tanya dia, dia tanya aku balik.
“Awak berpengalaman, rasanya gaji seorang guru sekolah lebih lumayan berbanding menjadi guru tuisyen. Lagipun kerja cikgu sekolah bukanlah teruk sangat pun,” ingat dia sahaja pandai berkata-kata.
“From my resume, you can see that I have a lot of experience. Pemandu pelancong pun saya pernah jadi,” ulasnya.
“And what is that supposed to mean, not committed to one job? Possibility that you will quit from this Tuition Centre is quite dangerous based on what I can see from your resume,” balasku sambil tersenyum.
“Ia juga mungkin bermaksud yang saya belum berjumpa Pusat Tuisyen ini untuk menabur jasa dan sekarang saya sudah berjumpa.”
Pandai melawan, nanti dia tidak mendengar arahan aku. Tetapi keyakinan dia cukup tinggi. Aku tidak boleh terburu-buru. Dia mungkin akan menyakitkan hati aku dilain hari. Tetapi meminjam kata-kata Syuhada “Be professional.”
“Awak boleh mula kerja esok. Lin akan tunjukkan meja, kelas, kerusi, tandas dan jadual awak,” kataku sambil tersenyum. Dan tolong jangan memakai kemeja putih esok. Hahaha.


Syarifah Saleha merenung gambar ditangannya. Setiap hari sejak 4 tahun lepas itulah rutin hariannya apabila terasa sunyi. Syafiq dan Suraya jarang sungguh berada di rumah. Syafiq yang bakal menduduki SPM tahun ini sering ke rumah kawan mengulangkaji. Suraya pula ke tuisyen pada sebelah petangnya. Cuma ketika makan tengah hari dan malam barulah rumah itu bernyawa.
Syarifah Saleha masih lagi membelek gambar tersebut. Kalau matanya boleh bergerak dan berkata-kata, sudah pasti manusia dalam gambar tersebut menutup mukanya dan berkata “Ibu, malulah.” Namun gambar adalah gambar, tidak bergerak atau berkata-kata. Hanya pada benda tidak bernyawa itulah Syarifah Saleha selalu melepaskan rindu. Peristiwa 4 tahun lalu masih bermain-main di layar mata. Siapa mampu melupakan anak yang dikandung 9 bulan dihalau keluar rumah bukan atas salah yang dilakukannya? Hatinya merintih sayu. “Maafkan Ibu, nak.”
Merenung gambar tersebut sepanjang hari sanggup dilakukan tetapi urusan ukhrawi dan duniawi perlu juga dilaksanakan. Akhirnya dia menuju ke bilik air untuk berwuduk, azan zohor sudah lama berkumandang. Tanggungjawab yang perlu ditunaikan kepada yang Maha Mencipta.
Usai solat, dia ke dapur, sebentar lagi anaknya akan pulang makan tengah hari. Perlu disediakan apa yang patut. Walaupun Mak Som dipertanggungjawabkan untuk menyediakan makanan, tetapi sebagai seorang ibu, dia tidak mahu anak-anaknya ber’ibu’kan Mak Som selalu sangat. Hari-hari bekerja memang Mak Som yang akan memasak, tetapi dihari minggu, dia akan melakukannya.
“Assalamualaikum, Ibu, kita orang dah balik.”
“Walaikumsalam, Ibu kat dapur ni, tolong Mak Som. Kamu pergi salin baju, sembahyang zohor, lepas itu baru turun makan.”
“Alah Ibu, lapar sangat dah ni,” Suraya meminta Ibunya menukar aturan tadi, “Kita orang makan, sembahyang, lepas itu salin baju. Boleh la ya , Ibu,” sambung Syafiq.
“Korang ni selalu macam itu, cakap Ibu tak pernah di dengar ya,” balas Syarifah Saleha. Tetapi apa lagi mampu dilakukannya, budak berdua itu sudah pun duduk menghadap makanan.
“Ibu memang baik,” Suraya tersengih, sambil tangan laju menyenduk lauk ayam masak kurma.
“Ibu, petang ni hantar Adik ke tuisyen tau. Ibu tak pernah hantar Adik, daftar pun, Uncle yang daftarkan,” pinta anak itu. Memang waktu didaftarkan anak itu, disuruh adiknya yang bongsu tolong daftarkan. Suaminya kerja, dia yang menguruskan Butik Andalas dibawah syarikat suaminya turut sibuk dengan pertunjukan fesyen ketika itu.
“Lagipun, Ibu tahu tak, pengetua Pusat Tuisyen Adik tu, muka dia macam Kak Long, ibu mesti….adoi!” terjerit Suraya belum sempat menghabiskan ayatnya. Kakinya ditendang seseorang. Direnung Syafiq meminta jawapan, kerana dia pasti ‘seseorang’ itu adalah abangnya Syafiq.
“Ibu tak payah hantarkan dia Ibu, mengada-ngada je tu,” Syafiq segera memintas sebelum adiknya terlebih kata. Matanya sempat menjeling adiknya memberi amaran.
“Nanti Ibu hantarkan Adik ya, Angah nak ke rumah kawan tak? Boleh sekali jalan,” sambung Syarifah Saleha seperti tidak sedar apa yang sedang berlaku. Syafiq mengangguk, mengalah.
“Sudah, cepat makan, lepas tu naik sembahyang,” arah Syarifah Saleha. Dia kemudiannya mendaki tangga menuju ke bilik untuk menukar baju. Suasana diam seketika. Air matanya menitik kembali. Dia sedar Kak Long mereka bekerja disana, kerana itu dia meminta adiknya daftarkan Suraya disana. Dia juga tahu, Syafiq sekadar tidak mahu hatinya terluka apabila Suraya membangkitkan isu Kak Long mereka. Syafiq sudah matang untuk berfikir berbanding Suraya. Dirinya tidak menyalahkan mereka, tetapi dia menyalahkan diri sendiri atas kehilangan Syarifah Intan Sabrina dari pelukan kasihnya.

No comments:

Post a Comment