Tuesday, April 13, 2010

Akulah watak utamanya...

BAB 4


Ilham memerhatikan sekeliling tempat kerja barunya. Seperti yang diarahkan Syarifah Intan Sabrina, Lin menunjukkan mejanya, kerusinya, kelasnya, rakan-rakan setugasnya, juga tandas. Difikirnya sekadar gurauan, tetapi di ambil serius oleh pembantunya yang seorang ini. Dia juga ada bertanya kepada Lin,
“Bos kita tu tak ada nama pendek ke?” dan jawapan yang diterimanya,
“Ada, Cik Intan Sabrina.” Sungguh pendek nama yang diberikan. Akhirnya dia mengalah. Serius sahaja manusia bernama Lin. Menyesuaikan diri dengan persekitaran baru bukanlah sesuatu yang sukar baginya. Pengalaman bekerja dengan perbagai ragam manusia ketika menjadi pemandu pelancong dan pelbagai pekerjaan lain menyebabkan dia mampu menangani hampir semua jenis perangai manusia.
Dia masih dimejanya, menurut Lin, sepanjang 2 minggu terawal dia disini, cuma 10 orang pelajar diletakkan dibawahnya, sebagai percubaan dengan teknik yang diamalkan di Pusat Tuisyen Skor ini. Dia memerhati lagi sekelilingnya. Di sudut kanan kelas tersebut terletak satu rak buku yang menempatkan semua kerja-kerja pelajar untuk disemak. Memang menyemak kerja-kerja pelajar adalh antara tugas seorang guru tidak kira sama ada disekolah atau pusat tuisyen. Tetapi yang membezakan pusat tuisyen dan sekolah adalah, kebebasan bekerja. Dari aspek, pendekatan kepada pelajar, silibus pelajaran mahupun peningkatan tahap pelajar. Disekolah kebiasaannya, pelajar akan belajar mengikut silibus yang ditetapkan bagi setiap tahap atau tingkatan. Tetapi di pusat tuisyen, pelajar yang menunjukkan prestasi yang bagus akan terus maju, dan yang lemah akan diasah untuk seiring dengan rakan-rakan yang lain. Itulah kelebihan pusat tuisyen dan sebab mengapa dia memilih untuk mngajar disini.
“Hai, saya Fikhri,” tegur Fihkri memperkenalkan diri.
“Ilham,” menjawab sepatah.
“Baru?”
“Yup, you?
“Lama, dah nak berkarat dah pun, bos je tak bagi naik pangkat,” menjawab selamba.
“Sebab you dah hampir berkarat, any advice?”
“Don’t wear white shirt again, and never be too cool to women in this department, know them well,” balas Fikhri, masih selamba.
“Sound skeptical, yet, thanks.”
“Anytime.” Perbualan mereka berakhir disitu. Lelaki, kalau tidak ‘sekepala’, memang kurang ‘chemistry’nya. Fikhri berlalu dari meja Ilham.
Memandangkan baru seorang pelajar dijadualkan datang pada waktu pagi, dia sangat luang dan nampaknya hari ini akan berlalu dengan lancar bagi Ilham.


“Weh, tadi aku mampak ‘mamat 50 sen’ masa aku lalu depan pusat tuisyen nak balik rumah. Dia buat apa kat sana? Kau orang ada skandal eh?” serentak dengan itu Syuhada turut memandang tepat ke wajah aku. Perkataan ‘skandal’ memang tidak patut wujud dalam dunia. Cis!
“Dia kerja kat tempat aku,” aku menjawab malas.
“Siapa? Siapa?” Syuhada menyoal.
“Kau tak bagi tahu aku pun, dulu beria cakap tak sukalah, buat bodohla,” balas Eja seperti bengang sahaja lagaknya.
“Siapa ni?”
“Aku profesional ketika bekerja, dia layak, dan perlu ke aku beri tahu kau?” balasku sambil memandang kaca TV.
“Siapa?”
“Perlu kerana ‘mamat 50 sen’ tu handsome dan aku mahu diberi peluang,” balasnya sambil tersenyum.
“WOI! Aku tanya siapa? Jawablah?” jerit Syuhada akhirnya. Sumpah telinga sebelah kiri aku sudah pekak. Dan hidungku telah penyek kerana balingan bantal oleh Syuhada begitu padu sekali. Penuh amarah. Aku hanya mendiam diri kerana aku tahu Eja akan menjalankan tugasnya.
2 saat kemudian sangkaan aku tepat sekali, Eja dengan penuh semangat bercerita seluruh kejadian kepada Syuhada, dan aku mencelah sekali-sekala kalau ada fakta yang perlu dibetulkan seperti, “Salah, rambut dia tak ada lah lawa sangat, kalau dari dekat biasa je.” dan “Mata dia warna hitam, bukan coklat.” dan “Aku bukan sengaja nak jumpa dia, memang aku dah janji nak bayar balik.” dan “Aku professional, aku tak ambil dia bekerja sebab aku dah jatuh hati.” Cerita Eja penuh dengan ‘ajinamoto’ yang membahayakan kesihatan.
Akhirnya cerita di TV itu terabai tanpa penonton kerana aku juga sibuk membetulkan maklumat yang salah dari Eja. Eja menjadikan watak lelaki tersebut terlalu idaman sehingga Syuhada jatuh cinta dengan cerita Eja. Eja layak menjadi novelis. Lelaki dalam cerita Eja adalah seperti yang digambarkan melalui cerita-cerita ‘fairy tales’ Snow White, Cinderella, Rapunzel, Sleeping Beauty sedangkan hakikatnya adalah seperti, Hang Jebat yang suka melawan. Oh, baru satu watak yang dapat aku lihat. Akibat dari cerita Eja yang membahayakan kesihatan itu, Syuhada megeluarkan satu ayat selain “Ooooo”, “Aaaah”, dan “Hmmm”. “Berdasarkan dari semua penafian kau, dan cerita Eja, kau sebenarnya tertarik dengan dia, dan kau orang ada jodoh sebenarnya,” dengan serius Syuhada menuturkan ayar tersebut. Kau ingat kau Dr. Love?
Dan malam itu aku sukar sekali mendapatkan tidur yang lena kerana mereka berdua menghujani aku dengan pelbagai teknik mengurat seorang lelaki. Sehinggakan ketika aku sudah berbaring diatas katil, mereka berdua masih lagi menyempit di dalam bilik aku. Rumah ini besar, bilik aku juga mereka mahu menyempit. Cis!


“Pagi yang gelap…kini sudah terang…aku adikmu dan aku kakak…lalallal..” seronok juga lagu ini rupanya. Mendengar celoteh Fafau dengan Kieran menceriakan hari aku dipagi ini. Meng’hangat’kan pagiku. Hot.fmlah katakan. Aku membelokkan keretaku ke kiri memasuki Pusat Tuiseyen Skor. Memberhentikan kereta di tempat yang betul dan sambil menyanyi aku pun keluar dari kereta.
“Pagi yang gelap…kini makin gelap…aku bosmu dan kau tak pakai kemeja putih…” hish! Kenapa pagi-pagi lagi aku boleh terserempak dengan mamat ini. Okey, apa yang perlu aku buat? “Selamat pagi. Macam mana hari ini? Sehat?”, oh tidak, terlalu mesra dan berpura-pura. Mungkin satu senyuman dan anggukan. Oh tidak juga, baru aku teringat, itu teknik jual mahal yang Syuhada dan Eja ajarkan semalam. Definitely inappropriate. Dia bukan nak mengurat aku dan aku pun bukan suka pada dia. Kami cuma, pekerja dan majikan atau lebih mesra, rakan sejawat. Betul. Tetapi mungkin “Pagi”, itu nampak lebih matang dan profesional.
“Morning Cik Intan,” sapanya terlebih dahulu, adakah aku terlalu banyak berfikir.
“Morning, dan kalau boleh Intan saja, staff yang lain pun panggil Intan je, Lin je yang ber’cik-cik’ dengan saya,” adakah aku terlebih mesra?
“Baiklah Intan,” sinis sekali nada suaranya.
“Now, it seems very awkward. So I better get going. See you around,” dari melayan mamat ini baik aku ‘angkat kaki’, lagipun nampak muka mamat ni sahaja boleh menyebabkan aku sedikit meluat. Eja pun pernah tanya mengapa aku tidak suka mamat tersebut. Jawapan aku mudah,
“Sebab mamat tu nak tunjuk konon gentlemen,” Oh, untuk pengetahuan, aku secara rasminya menukar ‘mamat kemeja putih’ kepada ‘mamat’ sahaja, kerana hari ini dia memakai kemeja biru laut, tetapi masih bertali leher hitam. Kemudian Syuhada membalas,
“Mungkin dia memang betul-betul gentleman.”
“Mungkin. Tetapi muka dia yang mix Chinese Malay tu cuma mengingatkan aku kepada Uncle Teik, tauke rumah sewa kita dulu. Gatal!” balasku.
“Agaklah, baru aku perasan, muka dia orang lebih kurang lah,” balas Eja mengakui.
“Alah….kalau macam tu, tak ada lah handsome pun,” ujar Syuhada kecewa.
“Tak adalah sebijik, mamat 50 sen ni jauh lagi handsome la dari Uncle Teik tu,” balas Eja mempertahankan mamat 50 sen dia.
“The point is, mamat tu mengingatkan aku kepada Uncle Teik, even mamat tu belum lagi menunjukkan kegatalannya.”
“Point taken,” balas Syuhada.

Ketukan dipintu mematikan lamunan aku. Huh, jauh jugak aku ‘terbang’, sampi balik rumah.
“Masuk.”
“sibuk ke?”
“Oh Fikhri, not really. Im just checking on student’s profile. Have a seat,”
“thanks, aku sebenarnya nak ambil cuti Isnin depan, nak balik kampung,” ujarnya.
“Oh, okey, aku luluskan, kau nak kahwin eh?” selamba. Aku dan Fikhri merupakan kenalan lama sejak sekolah menengah lagi. Lepas itu dia pun sama-sama menyibuk ikut aku sambung belajar tingkatan enam. Padahal kalau dia mahu sambung terus ke universiti pun boleh. Best student SMK Sultan Abdullah lah katakan. Kemudian kami sama-sama juga ke Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dan sekarang kami disini. Dia juga adalah antara guru pertama yang menawarkan diri mahu bersama-sama membuka pusat tuisyen ini. ‘Janji bayar gaji’ katanya. Antara lain sebab kami boleh rapat adalah nama mak kami yang sama gelarannya. ‘Mak Cik Tipah’, Ibu aku syarifah, mak dia, Latifah.
“Hish kau ni, siapalah nak kan aku ni, adik aku yang tunang 2 bulan lepas kahwin. Aku balik sebab nak mintak hadiah ‘langkah bentul’,” serentak ketawa kami meledak.
“Kau ni, langkah bentul perempuan lah, kau mana boleh dapat. Tapi kalau betul kau dapat, kongsi eh,” pecah lagi ketawa kami.
“Dah lah, layan kau esok pun tak habis. Eh, jangan lupa tau datang, aku dah tinggalkan kad kat Lin,” pesannya sebelum bangun mahu meninggalkan bilik.
“Tengoklah macam mana, aku ajak Eja dengan Syuhada, boleh?” tanyaku walaupun orangnya sudah hilang disebalik pintu. Sesaat kemudian, ada tangan menjulur sambil menunjukkan ‘thumb up’. Approve!!

Orang lain semua sudah mahu kahwin. Nasib baik aku ada Eja dan Syuhada, tapi masing-masing sudah berteman. Tinggallah aku sendiri. Teman tapi mesra pun tiada. Mahu mengharapkan putera dengan kuda putih dalam cerita Eja memang sampai tua aku tidak kahwin. Tapi lelaki kemeja putih still available. Hish, memandai sahaja, mana tahu tunangan orang, aku jugak yang cari masalah. Lagipun aku bukan suka pada dia. Entah-antah, dia pun tak pandang aku, buang masa sahaja ‘tak suka’ pada dia. Lama tidak nampak dia, selain di kelas. Sudah menjadi cikgu tetap pun dia disini. Mungkin aku ditakdirkan untuk megarah orang sahaja sampai tua. Macam seronok sahaja.
“Lin, masuk!” memang seronok. Hehe.

No comments:

Post a Comment