BAB 1
Perut memulas.
Titik-titik peluh memercik. Nasib pakai doedarant. Fuhh!
Kulit muka mula menegang.
“Awak, saya tak cukup lima puluh sen,” sengihan melebar. Sesuatu yang baru kusedar tidak patut dilakukanku ketika ini.
“Tak boleh dik, kalau sepuluh sen, boleh lah,” ujarnya membalas.
Ala, mana aku nak cari lima puluh sen masa-masa genting ini. Mahalnya meggi ini pun. Dulu tiga ringgit sahaja dapat 5 bungkus. Sekarang, empat ringgit setengah. Brader ini pun, cubalah bertolak ansur dengan kaum lemah dihadapannya ini. Penat buat muka seposen. Tipah, sekarang bukan masa terbaik untuk kompelin.
“Tak apa, saya tambah, lima puluh sen kan?” meletak syiling tersebut sambil tersenyum. Dengan kepantasan yang sukar dijangkau manusia, aku menoleh. Seorang lelaki memakai kemeja putih gading masih tersenyum. Baiknya hati.
“Terima kasih. Nanti, saya bayar balik,” ujarku berterima kasih.
“No, its ok. Lima puluh sen je pun,” balasnya sambil tersenyum.
“Tak, saya akan bayar balik,” tegas. Aku perlu cepat-cepat keluar dari kedai ini. Eja akanku bunuh sebentar lagi.
Aku sangat-sangat berterima kasih kepada mamat itu kerana menyelamatkan aku dari perkara yang paling memalukan dalam hidup hampir setiap manusia berakal dan masih waras. Ada dua perkara yang paling memalukan yang paling aku elakkan sepanjang hidup.
1. Terpaksa meletakkan semula barang yang hendak dibeli setelah berada di kaunter pembayaran kerana wang yang tidak mencukupi,
2. Lambat memasuki dewan kuliah dengan yakin, sebelum menyedari anda telah tersilap dewan kuliah,
Termenung.
Memang bukan tabiat aku suka termenung, tetapi kejadian siang tadi betul-betul menggangu cerebrum dan cerebellum aku. Ini semua salah Eja. Kalau dia memberi wang yang secukupnya kepada aku, pasti kejadian yang hampir memalukan tadi tidak akan berlaku. Nasib baik ada mamat kemeja putih itu.
Kenapa dia tolong aku? Mungkin setelah melihat wajah aku yang ayu dan innocent ini meyebabkan dia ingin membantu. Mungkin juga, dia terlalu banyak duit syiling sehingga berat poket seluarnya. Mungkin juga, dia ada hobi suka membantu orang yang kesusahan di depan kaunter pembayaran. Atau, mungkin dia mahu cepat sebab aku mengambil masa yang terlalu lama di depan kaunter itu. Mungkin….cukup.
Merujuk kata-kata Syuhada, merangkap kawan serumah aku, ada dua sebab yang paling logik untuk seorang lelaki melakukan perbuatan tersebut. Pertama, sebab mereka mahu cepat, dan orang dihadapan mereka terlalu lambat, jadi setakat lima puluh sen bukan masalah. Kedua, sebab mereka mahu mengurat perempuan ayu dihadapan mereka (yakni aku) dengan menunjuk gentlemen.
Sebagai seorang yang pernah lima kali dikecewakan cinta, aku yakin pendapat Syuhada boleh ditolak ketepi. Pesimis. Aku seorang yang optimis. Lahir dalam keluarga yang sederhana, memiliki pekerjaan sebagai seorang guru tusyen, anak ketiga dari 5 adik-beradik dan aku masih belum memikirkan cinta menyebabkan aku kurang suka pada pendapat negatif. Aku akan bayar semula lima puluh sen tersebut. Pasti!
Hari ini.
Waktu yang sama seperti semalam. Yang berbeza, Eja menemani aku sambil bersungut sejak aku mengambilnya ditempat kerjanya. Dalam hati masih menimbang tara, datang lagikah mamat semalam ke kedai ini?
“Weh, kau serius ke? Lima puluh sen je pun,” ujarnya yang lebih merupakan rungutan.
“Lima puluh sen, boleh buat bayar meggi yang harganya empat ringgit setengah, sayang…,” balasku sambil menekan harga meggi semalam. Puas kerana Eja diam sambil memuncung.
Mataku masih lekap pada muka pintu kedai tersebut. Pintu berbentuk empat segi tepat, ada satu sahaja daun pintu, setiap kali ada pelanggan memasuki kedainya, pintu itu berbunyi…ah! Mamat kemeja putih itu. Dia masih memakai kemeja putih semalam. Positif Syarifah Intan Sabrina, dia memiliki koleksi baju putih yang banyak.
“Encik?” panggilku sambil Eja berdiri disebelahku.
“Oh, awak budak semalam, kan?” Budak?
“Ah ye, ni lima puluh sen, encik. Thanks,” ujarku sambil berkira-kira mahu berlalu.
“Oh, sama-sama, saya tak kisah pun sebenarnya, lima puluh sen je pun,” balasnya semula.
“Itulah, saya dah cakap pada dia, awak tak kisah, tapi….”
“Tak pe lah, kami pergi dahulu. Thanks again,” ujarku segera sebelum Eja merosakkan imej aku yang baik dan terpuji ini.
Aku menarik tangan Eja ke kereta. Eja kalau tidak dihentikan, mahu dua tiga jam nanti bersembang dengan mamat itu. Aku cuma mahu bayar duit dia sahaja. Tapi yang penting, dia panggil aku budak? OMG! Adakah aku terlalu kecil, atau aku terlalu comel? Atau mungkin adakah aku awet muda? Oh tipah, kau terlalu positif nampaknya…..
“Kenapa kau tarik tangan aku, baru nak masuk jarum,” rungut Eja setelah kami berada dalam kereta.
“That’s why,” ujarku.
“Tapi kan, mamat tu handsome lah, mesti sebab tu, kau beria-ia nak pulangkan duit dia, kan?” balas Eja.
“Aku tak akan suka pada orang yang panggil aku budak. I am matured woman with a carrier. It is such a humiliation when he calls me ‘budak’.”
“Suka hati kau lah Tipah….”
Ya Allah, jauhkanlah aku dari berjumpa dengan mamat tersebut, kerana hambamu ini pasti akan menyemburnya dengan semburan yang membawa kemurkaan di pihaknya. Amin.
No comments:
Post a Comment