BAB 6
Tiba pun akhirnya hari Ahad. Hari yang paling seronok antara hari-hari yang lain. Hari yang mana kita boleh melakukan aktiviti berfaedah seperti menonton TV sehingga malam, pergi menonton wayang, ataupun, cukup sekadar membongkangkan diri dia atas katil shingga tengah hari, bangun dan pergi ke dapur sambil membebel,
“Lambat betul dia orang ni bangun, sarapan pun belum. Hish! anak dara sekarang,” sedangkan rakan yang lain sudah keluar bersama pasangan masing-masing. Jam sudah menunjuk ke angka 11. selepas membancuh milo panas sambil mengmabil beberepa keping roti. Aku duduk dengna malasnya dihadapan TV sambil menonton Harry potter yang tidak sempat dihabiskan semalam. Setelah bosan menatap wajah Daniel Radcliff yang membintangi cerita tersebut, TV ditutup dan laptop dibuka.
“Baik aku menatap kerja ynag tidak siap lagi, ada juga faedahnya,” bebelku sendirian. 5 minit aku meneliti kerja-kerjaku, sekali lagi tumpuanku teralih. Laman Facebook yang memamg menanti aku membukanya akhirnya ku lawati. Dari ‘Friend Request’ kemudian berakih ke ‘Notification’ dan beralih ke ‘Messege’ sehinggalah aku menghantar statusku di Facebook berbunyi,
‘KEBOSANAN DI RUMAH~~~’
“Memang sungguh bosan, selalunya hari-hari begini ada juga Eja meneman ke mana-mana seperti Mid Valley, One Utama, Maju Junction dan sebagainya. Memanglah tempat seperti itu tidaklah seronok mana selain kami berjalan-jalan untuk menonton wayang. Ber’shopping’ bukanlah minat aku. Kerana itulah aku cuma menonton filem Confession of Shopaholic cuma 2 kali sahaja berbanding Eja dan Syuhada yang lebih dari 10 kali, dan dialog kegemaran mereka,
“Weh, Rebecca ni macam aku sangat, cantik, great taste in fashion, suka shopping, bezanya, aku secretary, dia journalist,” dan setiap kali mereka menuturkan aku tersebut aku membuat muka bosan. Memang tak pernah dengar ayat tersebut!
Laman Facebook itu aku menatap kembali, melihat status rakan0rakan yang lain, ada yang terpaksa bekerja pada hari ahad, ada juga yang sudah berada di mall-mall bersama pasangan dan ‘kebosanan di rumah!!!!’. Itu ayat aku, siapa ini?
“Muhamad Ilham? Siapa ni?” aku bertanya pada diri sendiri. Sibuk sahaja mahu status sama dengan aku. Setelah membuka ‘Profile’ Muhamad Ilham, baru ku tahu siapakah gerangnnya makhluk tersebut. Mamat kemeja putih!. Dia pun bosan. Tanpa berfikir panjang, aku terus menulis komen dan dihantar kepada yang berbunyi,
bosan? X kluar dgn marka ke? hehehe
Setelah hampir 1 minit aku menghantar komen tersebut aku menyesal. Mamat ni adalah orang terakhir di bumi ini yang aku mahu muncul di pagi-pagi buta hari Ahadku. Pagi butakah?
Kemudian ada balasan dari penulis status.
Xde marka nak ajak keluar. Intan plak, nape x kluar? Xde kawan ek? Hahahah
Cis! Ada pula dia mengatakan aku tiada kawan. Selain Eja dan Syuhada aku ada ramai kawan yang lain seperti Hanum, Ojet, Ain Heryanto, Mona Bendi, cuma aku dengan pastinya mereka semua sudah keluar dengan pasangan masing-masing, dan sebagai seorang yang mengamalkan konsep Single and Not available, aku tidak mahulah mengacau pasangan-pasangan tersebut.
Sape cakap xde kawan? Saje memenuhkan wak2 terluang dgn xtvt berpekdah kat umah… hehehe
Akhirnya aku membalas. Biarlah, sekurang-kurangnya ada juga orang yang boleh
dibuat bersembang. Namun, aku masih terfikir bagaimana mamat ini boleh tersenarai sebagai rakan aku di Facebook ini? Adakah aku yang Request atau dia yang Add?
Eja yg ckap. Dia kte, Intan xde kwn bile smpi ahri ahd camni…hehehehe
Akan kubunuh Eja apabila kau pulang nanti. Maafkan aku Rahim kerana cinta kau dan Eja tidak kesampaian.
Xla, sebenanyer sye nak g tgok wyg kat Mid tp semua ade hal, so, kat umah jela. Bukan xde kwn…..huhuhu
Akhirnya aku menipu sunat demi menjaga maruah aku. Wayang apalah yang seronok untuk ditonton. Memikirkan balasan kepada komen yang bakalmendatang. Alang-alang menipu, biar nampak real.
Oh yeke? Sye kjp lagi nak g Mid, bosan kat umah. nk join? nk tgok wyg jugak…hehehe
Alamak! Inilah akibatnya kalau menipu walaupun sunat. Apa aku nak buat? Ok, cakap sahaja, itu adalah rancangan pagi tadi, sekarang malas pula walaupun pagi tadi aku sedang lena tidur. Ish, tidak boleh, nampak sangat menipu dan mengelak. Aku profesional, silap hari bulan, dia kata aku penipu. Naya!
Btol k? hmm…xpe la, jap g nak blek umah mak, sbb da cncl tgok wyg. Have fun!
Hahaha. Aku bakal dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik Asia Pasific. Hebat aku mencipta alasan. Emak pun emaklah. Janji tidak perlu keluar dengan mamat itu. Menakutkan sahaja. Menunggu dalam lebih kurang 2 minit, tiada balasan dari Ilham. Mungkin sudah bersiap-siap mahu keluar. Tab Log Out aku tekan. Mengambil keputusan untuk mandi setelah jam menunjukkan pukul dua belas tengah hari. Akhirnya aku menghabiskan hari tersebut dengan bosannya. Dan Eja terselamat kerana aku terlupa dengan hal tersebut apabila dia pulang dengan membawa sepotong Chocolate Indulgence Secret Recipe dan Syuhada membawa pulang KFC. Baiknya kawan-kawanku.
Menjadi bos kadang-kadang meyeronokkan namun, apabila kerja menimbun boleh huru-hara kepala otak. Laporan prestasi pelajar elok tersusun diatas meja mahupun diatas kerusi tetamu di bilikku. Jam menunjukkan angka 10.30. Plajar-pelajar semua pasti telah pulang mahupun guru-guru yang mengajar. Seharian berada di Pusat Tuisyen memang memenatkan. Aku menggeliat seketika sebelum ada ketukan di pintu bilikku. Kemudian tersembul wajah Ilham di sebalik pintu tersebut. Apa dia buat malam-malam begini di Pusat Tuisyen? Jangan-jangan….
“Awak boleh tolong hantarkan saya ke hospital? Motor saya rosak dan kakak saya kritikal!” ujarnya dalam satu nafas.
Suasana sunyi sejak dia memasuki kereta hinggalah sekarang. Aku mengambil keputusan untuk memandu memandangkan orang disebelah dalam emosi yang kurang stabil.
“Maaflah kalau saya menyibuk, tapi kakak awak sakit apa?” dari diam, abaik aku korek sikit-sikit.
“Kanser payudara, dua minggu lepas baru dapat tahu dan masa tu, dia dah pada tahap kritikal. Suaminya dah meninggal.” ujarnya perlahan tanpa memandang.
“Oh…anak?”
“Seorang, hari tu, waktu saya ajak awak pergi tengok wayang tu dengan dia sekali lah. Mak saya yang suruh bawak dia berjalan, kesian katanya duduk di hospital sahaja temankan maknya,” masih lagi tunduk tetapi ada sedikit senyuman dibibirnya. Yang aku pulak sudah tidak retikah memandang jalan, asyik tengok anak teruna orang?
“Mak awak tinggal dengan kakak awak ke?”
“Yup, dengan seorang lagi adik perempuan saya. Dua-dua pun sudah kerja,” aku cuma menggangguk. Apa lagi aku boleh buat.
Sampai sahaja di hospital. Ilham terus berlari anak ke dalam hospital tanpa menunggu aku. Kalau ikutkan hati mahu sahaja pulang tapi seperti tidak elok pula sekadar menghantarnya dan pulang. Mana simpati kita sebagai manusia, terus pulang sedangkan ada seorang wanita sedang bersabung nyawa demi anak kecilnya dan hidupnya.
Aku memasuki hospital dan dengan menunjuk pandai aku mencari Ilham. Berdasrkan kepada rujukan filem-filem yang ada, selalunya kalau masa-masa begini, keluarga terdekat pasti berada di bilik kecemasan. Aku menapak mencari bilik kecemasan dan,
“Betul pun,” ujarku perlahan sebaik sahaja terlihat kelibat seorang wanita tua dalam lingkungan 55-60 tahun duduk sambil memangku seorang budak kecil dalam lingkungan 2 tahun. Aku mendekati mereka. Sebaik sahaja ilham melihat aku terus dia berdiri.
“Ingatkan terus balik,” ujarnya. Aku menyalami emak Ilham setelah Ilham mengatakan aku kawannya. Aku duduk berhampiran dengan emak Ilham yang masih belum ku ketahui namanya. Tiba-tiba, si kecil di ribaan emak Ilham menangis dan meraung. Emak Ilham menepuk-nepuknya perlahan agat tidur semula. Namun dia terus menangis dan meraung sambil menjerit,
“Mak! Mak!” Ilham terus mendukungnya dan membawanya ke tempat lain. Selang beberapa minit, seorang perempuan berlari-lari anak datang kearah aku dan emak Ilham.
“Mak, kakak macam mana?” tanyanya sebaik mendapatkan emak Ilham. Adik perempuan Ilham. Kemudian pintu bilik kecemasan dibuka. Seperti filem-filem yang menjadi rujukanku untuk mencari bilik kecemasan, sekali lagi kejadian seperti filem-filem tersebut tertayang dihadapanku. Seorang doktor berpakaian serba putih datang dan mengatakan sesuatu kepada emak Ilham dan adik Ilham kemudian ada air mata gugur dari mata mereka. Ya Allah, apa yang telah terjadi? Aku mengambil keputusan mencari Ilham. Mungkin berada di kantin untuk menenangkan si kecil tadi. Sekali lagi tepat jangkaan aku.
“Doktor sudah selesai,” tidak tahu ayat apa yang paling baik untuk kututurkan. Mahu mengatakan selamat, aku tidak tahu. Menangis boleh ditafsirkan sebagai selamat atau tidak. Terus bergegas dia ke bilik kecemasan tadi. Aku cuma mengekorinya dari belakang. Si kecil itu sudah tidak menangis, tetapi masih berwajah muram. Setibanya di hadapan bilik kecemasan, emak Ilham dan adiknya tresak menangis.
“Opah, nak mama..,” rengek si kecil. Terus dipeluk si kecil tersebut tanpa kata. Aku sebak seketika. Bodohlah aku jika tidak dapat meneka apakah yang telah terjadi. Aku berlalu seketika membiarkan keluarga itu bersendirian.
Sepanjang perjalanan ke kantin, aku sempat melihat jam, sudah pukul 12, namun, mata ini tdak pula mengantuk. Memikirkan tentang hidup dan mati sememangnya boleh menginsafkan. Aku masih ingat ketika Papa tinggalkan kami dahulu. Seminggu aku tidak lalu makan. Mama pujuk dengan KFC, Pizza, semuanya tidak menaikkan selera. Mahu mengatakan aku menangis teresak ketika ramai orang datang ke rumah dengan muka simpati dan beriak sedih, tidak pula. Tetapi kehilangan Papa itu yang menyebabkan aku terasa. Terasa kehilangannya.
Selang beberapa puluh minit, Ilham datang dan duduk dihadapanku. Aku mengangkat muka, seperti bertanya keadaan sebenar. Seperti mengerti riakku, dia menggeleng dan dapat kulihat dia menahan air matanya. Lelaki memang bukan hamba air mata. Tiada kata-kata antara kami, cuma yang pasti, semua yang hidup pasti akan mati.
No comments:
Post a Comment