Wednesday, March 2, 2011
Teksi....oh...teksi....
Hampir 90 peratus penduduk Malaysia pernah menaiki TEKSI, tidak kisahlah untuk ke pejabat mahupun sekadar sebagai pengangkutan dikala kecemasan. Namun teksi merupakan kenderaan yang penting kepada kita. Jadi disini, saya ingin berkongsi sedikit cerita pengalaman saya dan kawan-kawan dengan TEKSI.
Scenario 1
Saya : Pakcik, PKNS?
Pakcik : Naik-naik. (sambil angguk-angguk)
Selepas bebrapa ketika, pakcik teksi ini terbatuk-batuk.
Pakcik : Dah dekat seminggu pakcik batuk-batuk, tak jugak elok.
Saya : Owh.(kurang berminat sebenarnya, =))
Pakcik : 3 hari lepas pakcik pergi klinik dekat seksyen 9, dia bagi ubat, lepas tiga hari tak elok-elok jugak. Semalam pakcik pergi klinik sebelahnya pulak, doktor tu cakap, klinik sebelah memang tak bagus. Dia pun bagi ubat. Tak baik-baik pun.
Saya :Owh....(bila nak sampai PKNS ni????)
Pakcik : Dulu pakcik ada bawak sorang budak perempuan ini, eh bukan budak la, dah dalam 31,32 macam tu(ada gaya reka-reka cerita nih) Bila pakcik batuk-batuk, dia tnya mana farmasi yang dekat-dekat sini, pakcik jawaplah dekat area seksyen 2 ada, dia pun ajak pakcik pergi. Dah sampai tu, dia minta pakcik parking dan masuk farmasi dengan dia. Pakcik ikut jela. Dalam farmasi dia ambil ubat dan hendak bayar, tapi orang kaunter tu tak bagi sebab ubat tu overpower(pakcik tu memang guna word ini ya), lepas tu dia keluarkan kad dia. Hah! (sambil tangan pakcik tu macam nak tempeleng kepala saya, terkejut saya, seb bek tak ada sakit jantung) perempuan tu doktor rupanya.
Saya : Owh, baguslah. Lepas tu pakcik sihat tak? (just berbasa basi)
Pakcik : Makan dua kali je, terus baik.
Saya : owh, good for you(dengan perlahan, dan agak lega sebab dah sampai) ni 7 ringgit. Terima kasih.
Pakcik : sama-sama.
Waktu mula-mula pakcik tu cerita macam betul and baiknya doktor tu, tapi bila pikir-pikir balik, betul ke? Terpulang lah, pakcik tu pun tak suruh percaya kan....
Scenario 2
Seorang pemandu teksi menunding jari kepada saya.
Saya : Persanda.
Dia pun bagi isyarat naik. Dalam kepala otak dah pikir macam-macam, maybe pakcik ni bisu kot. Dalam teksi tu dah ada sorang perempuan.
Pakcik : Adik boleh ke masuk teknik ni? Dah pukul 10 ni?
Perempuan : Boleh, saya dah minta kebenaran.
Pakcik : Sekarang ni jaga pengawal semua garang-garang, teknik kamu ok ke?
Perempuan : Ok je, cume strict sikit la.
Pakcik : Biasa la tu, lagi-lagi bila dengan perempuan. Jaga orang sini atau Bangla?
Perempuan : Bangladesh.
Pakcik : Diorang tu lagi la, tumpang negara kita, pastu nak buat macam negara sendiri. (amboi-amboi mulut) Ok dah sampai. 6 ringgit dik.
Perempuan tu pun hulurkan duit and ucap terima kasih.
Pakcik : And you, persanda right?
Saya : Ya, ya persanda.
Pakcik : Where you from?
Saya : owh, I’m from India.
Pakcik : You know that girl, she say Bangladesh is very bad, and she guard is Bangladesh but bad.
Saya : Owh, that’s depends actually, not all Bangladesh are bad.
Pakcik : i know, i know. Now I meet all Bangladesh is good, very good.
Saya : really? I always heard Malaysian don’t like them...
Pakcik : no, no, Malaysian like Bangladesh to work, and they are good, not like melayu.
Saya : owh, here i am, how much?
Pakcik : 7
Saya pun hulurkan duit dan berjanji takkan naik teksi pakcik tu lagi. No plat pun dah siap salin. Mana lah nak dapat rezeki bagus kalau perangai macam tu. Dengan orang Malaysia, puji orang Malaysia. Kalau dengan foreigner bukan main puji lagi. Kita kalau kerja kena ikhlas.
Sebenatnya banyak lagi kisah dengan teksi ini, ada yang bagus, dan ada yang tak bagus. Kita sebagai manusia yang boleh berfikir, selalulah timbang tara apa yang baik dan apa yang buruk. Tips dari saya, kalau naik teksi, anggap sahaja pakcik teksi tu macam radio. =))
Adios...XOXO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
btl tue~
ReplyDeletekadang dorg nie ade sikap yg mcm tue~
n plus ade yg ske nk amek kesempatan , diorang amek jalan plg jauh yg ade~
itu yang pling "baik hatinya"
ReplyDeletehahahaha