BAB 8
KTM sangat sesak dengan kelibat manusia yang berbeza tujuan dan destinasi. Mungkin sama, tapi tidak kesemuanya. Tidaklah rajin untuk interview semua penumpang. Menaiki komuter adalah cadangan ‘bijak dan bernas’ dari Syuhada apabila malam sebelumnya mengatakan,
“Weh, esok kita pergi Midvalley naik komuter nak? Dah lama tak naik, apa rasa dia ye?” begitulah cadangan yang tiba-tiba timbul.
“Rasa dia, aku tak tahu memandangkan aku tak pernah makan besi, tapi best gak idea kau, sejak abeh belajar, dah lupa pasal menatang tu,” begitulah jawapanku yang myokong idea tersebut sebelum menyesal. Kepada Syuhada jawapan kepada soalan anda adalah sesak, dan terasa nak penumbuk mamat depan aku yang sengaja menyandar-nyandar tubuhnya yang kerempeng kepadaku. Mungkin sebab kerempeng, maka dia senang tercampak, tetapi, mungkin juga dia menggatal, sebab itu dia sengaja mencampakkan dirinya kearahku. Menjarakkan diri adalah yang terbaik, sebelum aku tercampakkan beliau keluar dari komuter ini.
Tapi kadang-kadang ada juga kebaikannya, banyak ragam manusia yang boleh kita lihat bagaimana manusia makan banyak tapi sebenarnya tiada perut dan hati. Sungguh malang. 4 orang remaja perempuan elok bersembang-sembang bergelak ketawa diatas kerusi dengan selesanya, sedangkan ada seorang perempuan cina tua, berusaha mengimbangkan badannya mengikut haluan komuter. Yang lebih memedihkan mata dan bulu mata aku, keempat-empatnya bertudung manis, baju menutup aurat, tetapi perangai tidak serupa dengan apa yang luaran tampilkan. Alih-alih, ada seorang pemuda melayu, berambut hampir putih, mungkin warna cream, bertindik dihidung, bibir, kening, telinga, mata mungkin masih banyak lagi yang akhirnya memberikan tempat duduknya kepada wanita tua tadi. Tempat duduk yang lain semuanya sudah dipenuhi golongan veteran yang lain. Manusia, manusia. Mungkin sebab itulah wujudnya, do not judge a book by its cover dan sedangkan haiwan sayangkan anak inikan pula manusia, sehingga manusia perlu dibandingkan dengan haiwan. Pandai orang zaman dulu-dulu.
Mid Valley seperti biasa, tidak pernah lengang dengan pengunjung, lebih-lebih lagi hari minggu. Sesak!!! Walaubagaimanapun disini sahajalah tempat yang paling seronok untuk menonton wayang. Semua orang pun berkata begitu. Tapi bagi aku, tengok DVD di rumah paling seronok, boleh baring-baring, kalau tidak seronok, tidur sahaja. Senang. Kami bertiga beriringan ke kawasan pembelian tiket, dan seperti biasa, sesak juga. Rugi sungguh tidak tempah siap-siap. Senang kerja. Sekarang, beratur lagi, bila pulak nak dapat tiketnya. Sedang leka kami beratur, tiba-tiba ada seorang lelaki mendekati kami, dan dengan selambanya, berbaris bersama kami bukan dibelakang, tetapi di tengah-tengah kami bertiga. Paling dahsyat, sebenarnya dia telang memotong hampir 30 orang.
“Woi! Beratur lah!” jerit seorang pemuda. Disebelahnya seorang gadis manis bertudung. Tapi yang pelik tangan lelaki tersebut diletakkan di pinggang gadis tersebut. Sungguh tidak ku faham dunia ini.
“Korang, tolong sesangat, cakap je, I dengan korang, please!!!” pinta lelaki tersebut. Muka pula dah macam apa, takut benar. Takutkan siapa? Pemuda tadi kah? Eja sudah buat muka pelik. Syuhada pula sudah bercekak pinggang.
“He’s with us,” akukah yang mengutarakan ayat itu? Oh tidak! Memang aku. Mulut aku yang terbuka tadi. Eja sudah menjeling, Syuhada pandang confused. Manusia yang lain pandang macam tidak puas hati pun ada.
“Apa masalah awak?” Eja memulakan bersuara, tetapi perlahan sahaja.
“Ex I kejar I sampai sini, tu yang I lari,” balasnya selamba. Apa punya lelaki lah lari dari perempuan. Tapi mamat ni handsome lah. Ala-ala Fizz Fairuz, tapi versi yang lebih cerah.
“Kenapa lari? You playboy ek? Sebab tu awek marah,” Syuhada menghentam. Dia memang sensitif isu lelaki tipu wanita ini. Sangat sensitif.
“Bukan, dia yang obsess ngan I. Kitorang dah putus lama dah, dia yang tak boleh terima,” balasnya. Itulah, sape suruh handsome sangat. Kan susah. Jadi aku juga senang. Perasan cantik walau hakikat memang aku cantik. Right?
“Itu tanda dia sayang kat you, terima jelah, bukan rugi pon,” aku pula nak bercakap.
“Pape jelah, by the way, I Arif, thanks to you guys,” lari dari topik. Perkara biasa bila mahu lari dari masalah. Lelaki….
“Saya Eja, ni Syuhada, yang belakang you tu Tipah,” Tipah! Sudah aku ingatkan pada kawan-kawan ku semua, kalau perkenalkan aku pada orang lain, Intan, bukan Tipah. Jatuh lah saham aku.
“Tipah! Wow, mesti you jenis yang selamba. Nama you mesti sedap sebenarnya,” komen Arif. Oh! Terima kasih Eja sebab perkenalkan aku sebagai Tipah. Sayang kawanku.
“Ok, alang-alang I dah queue sekali, you guys tengok cerita apa?”
“Alice in the Wonderland,”
“Semerah Cinta Stiletto,”
“How to Train Your Dragon,” serentak kami bertiga menyebutnya.
“Disebabkan korang tak boleh decide biar I yang belanja and decide, ok?” ujarnya sambil menunggu jawapan kami.
“Ok, bukan senang nak dapat tiket free,” gelak besar Eja dihujung ayatnya. Agak lah, barang free, siapa tidak mahu.
Kalau ikutkan hati dan perasaan, sudah lama aku makan 4pinggan nasi lemak yang Syuhada masak. Sedap sehingga menjilat pinggan. Ini baru Syuhada yang masak, kalau emak dia yang masak, dengan pinggan-pinggan Eja telan. Setelah bersarapan dengan nasi lemak, bergegaslah aku ke bilik air untuk mandi. Nampaknya hari ini, lambat lagilah aku pergi pejabat. Apa boleh buat, nasi lemak punya pasal. Selesai mandi, baju kurung hijau gelap dengan tudung hijau pucuk pisang menjadi pilihan, baju orang beri, sekali sekala mesti pakai juga.
“Hi, pagi!” ada suara menegur.
“Ilham, pagi,” lama juga tidak nampak mamat ini. “So, family macam mana? Ok?” meyambung kembali.
“Alhamdulillah, cuma Haziq je yang meragam selalu, cari emak dia. Terima kasih sebab tolong saya hari tu,” balasnya.
“Tak ada msalah, perkara kecil je, situasi awak lagi penting,” aku membalas semula. Memang betul, keadaan kakaknya lebih penting, apa salahnya aku membantu.
“Terima kasih sekali lagi, saya masuk kelas dulu ya,” aku menghantarnya dengan pandangan kosong. Perilakunya sedikit muram, mungkin masih bersedih. Lagipun, perkara tersebut baru sahaja berlaku. Meneruskan langkah ke pejabat.
“Cik Intan, ada parents telefon tadi minta jadual anaknya ditukarkan ke sebelah pagi, macam mana?” tegur Lin setibanya di pejabat.
“Kalau awak buatkan boleh? Awak tengok jadual cikgu-cikgu, kemudian match kan dengan jadual student lain, boleh?” balasku. Kadang-kadang tugas seperti itu tidak perlu lagi aku buat. Sebab itulah aku ambil Lin kerja.
Masuk sahaja ke pejabat, sejambak ros putih dan merah menjamu mata. Siapa pula yang rajin beri aku bunga ini. SA? Secret admire? Yes! Yes! Akhirnya aku ada secret admire. Seronoknya, boleh aku cerita kat Eja. Laku juga aku ini rupanya. Tapi macam mana boleh hantar ke pejabat aku? Terlupa pulak, kata secret admire a.k.a stalker. Siapalaj mamat ini ya, mintak-mintak betul lah mamat, kalau minah? Naya aku…
No comments:
Post a Comment