Friday, May 7, 2010

Akulah Watak Utamanya...

BAB 7


Sudah seminggu rasanya Ilham mengambil cuti. Bukan bermakna aku mengambil berat, cuma, perasaan simpati atas kehilangannya. Apatah lagi, beada di tempat kejadian. Sewaktu aku, Eja dan Syuhada datang di hari pengkebumian, keadaan sedih meyelubungi rumah tersebut. Ramai yang hadir, pasti allahyarhamah seorang yang baik. Begitulah caranya orang menilai buruk baik seseorang yang telah pergi. Sewaktu Papa meninggal dahulu pun, ramai kenalan, saudara mara, jiran tetangga, datang memberi penghormatan terakhir. Ketika itu aku merungut kerana keadaan rumah yang agak sesak dengan ramai orang, tetapi kemudian Ibu ada mengatakan, “Kalau kita nak tahu, orang yang meninggal itu baik atau sebaliknya, tengak hadirin yang hadir,” pada mulanya aku kurang memahami, namun, setelah meningkat dewasa, aku faham.

Keadaan di pusat tuisyen kecoh hari ini. Seorang lelaki tua berpakaian compang-camping masuk ke dalam kawasan pusat tuisyen. Kecoh. Beberapa cikgu lelkai menangkapnya dan dibawa ke bilik rehat. Asalnya mereka mahu menghalaunya sahaja, tetapi, aku rasa lebih baik, diberi air dan makanan, barangkali dia lapar, kerana itu dia mencari kawasan yang ramai orang.

“Pakcik, air?” Iza menghulurkan air kosong pada orang tersebut. Dia menyambutnya dan menogak dengan rakus sekali. Sudah ku katakana, dia lapar dan dahaga.
“Pakcik nak makan?” sekali lagi Iza menawarkan sebungkus roti. Memandangkan hanya dia yang tiada pelajar ketika ini, aku mengajaknya menemani aku. Tak sanggup aku mahu bersendirian dengan pakcik ini. Bukan berprasangka tidak elok, tetapi sekadar berhati-hati. Aku masih tahu pekerti seorang anak dara yang sopan dan bertatasusila. Hehe.
“Aku cari orang, nama Kamarul, putih, kecik, mak dia isteri aku, Sofia,” ujar orang tua itu setelah selesai makan.
“Pakcik cari dia ke? Umur dia berapa pakcik?” aku sekadar berbasi-basi, mana tahu betul ada anak dia disini.
“6 tahun, aku ingat, aku balik kerja, dia orang hilang, aku cari sampai sekarang,” seperti ada yang tidak kena dengan orang tua ini.
“Umur pakcik berapa?” aku mahu mengorek.
“Aku muda lagi, baru 30, nama aku pakcik, semua orang panggil aku pakcik,” iza ketawa mengekek. Aku menjeling, memberi amaran. Pakcik ini sudahlah terang lagi bersuluh kurang siuman, kau pulak sesuka hati ketawa depan dia. Dia terkam sekejap lagi, aku lari dulu.
“Tak apelah pakcik, kami keluar dulu,” aku dan Iza keluar, kalau dilayan nanti aku yang pening. Akhirnya aku meminta Fikhri membawanya ke pusat kebajikan masyarakat. Sebenarnya, aku sendiri pun tidak tahu tempat mana yang harus dihantar orang begini. Hospital, Rumah sakit jiwa, banyak tempat-tempat untuk orang sebeini, tetapi aku tidak tahu mana yang sesuai. Jadi, pandai-pandailah kau Fikhri.

Menyemak senarai prestasi pelajar adalah tugas yang aku sedikit malas mahu melakukannya bukan kerana aku tidak mementingkan prestasi pelajar-pelajar, tetapi laporan prestasi itu telah disediakan oleh guru mereka yang lebih arif dengan pelajar masing-masing. Aku melihat kalender bulan September, tiada banyak tarikh yang kubulatkan yang merupakan tarikh-tarikh penting setiap tahun, seperti, hari lahir aku, Eja, Syuhada, dan ramai lagi termasuk Ibu. 24 September adalah hari lahir Ibu. Sungguh pun tidak mampu menatap matanya, mengucapkan “Selamat Hari Lahir, Ibu,” namun kusampaikan juga hadiah sebagai peringatan. Pernah tahun lepas ketika aku sedang membalut hadiah, Syuhada bertanya,
“Weh, hadiah siapa ni? Necklace, mahal kot,” tanyanya selepas makan nasi lemak kukus yang merupakan kegemaran. Sehingga mahu minta sedikit pun, tidak diber, kecuali dia sudah kenyang.
“Ibu aku, kau orang tahu kan, nak jumpa tak boleh, bagi hadiah jela,” ujarku perlahan.
“Seronoknya jadi Ibu, tiap tahun kau belikan hadiah, tahun lepas kau bagi handbag kan, tahun sebelum tu jam, sebelum tu lagi gelang. Hish, seronok lah,” ujarnya sambil memandang syiling seperti semua barang yang disebut tadi terdapat disitu. Dan aku dengan sopan santunnya, mengambil jarum dan mencucuk angan-angan perempuan berangan sebelah aku ini.
“Weh, kau orang pun masa birthday, aku bagi hadiah ape,” balasku. Memang selalunya teman-teman rapat tidak pernah terkecuali untuk aku berikan hadiah. Setahun sekali sahaja. Tidak perlu lokek.
“Hah, jelah, cawan lembu, keychain, dan liquid paper. Memang berbaloi dan aku simpan sampai sekarang,” balasnya sinis.
“Lah, ok apa, cawan lembu tu, kau kan suka lembu, comel kau kata, aku bagilah, keychain tu aku bagi sebab kau selalu hilangkan kunci rumah, liquid paper, kau kan secretary, ok lah, senang nak padam,” balasku semula sambil ketawa mengekek.
“Blah la kau, peril-perli aku pulak,” balasnya menjeling.
“Ek elah, dulu waktu dapat, kau jugak yang cakap, terima kasih setinggi gunung Everest, pastu sekarang nak kompelin pula. Aku ada juga bagi kau tudung, blouse, baju kurung favorite kau tu, aku yang bagi kan, bukan nak ungkit,” kataku sambil tersengih.
“Yela, terima kasih, tapi baju kurung merah tu, memang cantik, taste sangat, terima kasih, sayang kau. Tapi kan, kau bagi hadiah kat Ibu, Abah kau tak cakap apa-ape ke?” tanyanya kemudian.
“Manalah aku tahu, janji aku beri, tanda aku masih sayangkan Ibu aku dan aku masih ingatkan dia. Kalau Abah aku buang siaplah!” balasku.
“Kalau Abah kau buang, aku ambil, tak payah beli necklace dah, dia yang rugi,” ketawa dia kemudiannya, tetapi aku senyap sambil memnadang ke arahnya.
“Weh!” Syuhada menepuk bahuku. Bebrepa ketika kemudian. Pecah gelak kami berdua sebelum ditegur Eja dari dalam bilik. Aku tak mungkin mengambil hati dari paa yang sahabat aku perkatakan. Sebab kami susah senang sama-sama. Dan Selamat hari Lahir Ibu.

2 comments: