Monday, September 27, 2010

keep thinking....

since youth do not take longer when we realize we all have been into adult situation...
i hate growing up. perasaan nyer sama seperti menuggu bas yang tak sampai-sampai, tak pun, makan makanan yang x sedap tapi mesti habis. susah menjadi orang dewasa, reponsibilty, mature, and much more need to be considered.

walaupun saya cuma seorang pelajar, tapi beban memikirkan kesemua hal yang ada, ckup merunsingkan, bayangkanlah orang yang bekerja: cukai, makan, pakai, anak2, isteri, orang gaji, mak, ayah, rumah, kereta, mane nak jalan2 lagi. semua tu kadang2 kedengaran seronok kalau diceritakan dalam versi yang comedy, tapi dalam versi realiti, it is such a burden of life...

menyelak halaian2 paper hari ini, menyedarkan saya, to be someone is not easy, people could always say that being anubody is simple, but actually it is hard. even you are a taxi driver, you have to be committed with your job in order to feed your family. suami bunuh isteri, anak2. kes2 sebegini semakin kerap kedengaran. terfikir mengapa??

akhirnya saya realize yang mungkin tekanan hidup yang semakain melanda. remaja hari ini semakin sukar dikawal, orang dewasa pula semakin pening memikirkan penyelesaian, kerajaan sibuk dengan urusan mereka, jadi tiada penyelesaian bagi permasalahan yang timbul. disebabkan agak mengambil berat hal ini. cuma inilah yang mampu saya coretkan, buat kesedaran sendiri dan umum. that is why im hate ti be adult. such a responsibilty to carry.....even by the name of ADULT.....so keep thinking....and thinking harder....

adios!!! XOXO

MARA....($_$)

tepat jam 10.43 pagi satu panggilan talipon mengejutkan aku dari tidur, dalam hati, "sapelah tepon aku pagi2 ni kaco jer!!". paggilan yang menunggu untuk diangkat aku jawab, "hello, ni En Norsaiful Bahri k?"
" Ya, saya"
" pukul 2 ptg, encik perlu dtg ke jabatan akaun untuk mengambil agrement MARA, boleh?"
" Ha, ye ok2" blur giler...

lepas talian dimatikan, barulah aku sedar.....
"cek dapat MARA!!!!"

mungkin bagi sesetangh orang, MARA jer, tu pon nak kecoh. tapi bagi saya, yang belajar di universiti swasta, ianya sgt2 bertuah. bukan senang MARA nak bg duit....

lgipun MARA = duit sara diri @ duit belanjer + yuran free = mak syg kita sebab x susahkan asyik nak byr yuran....hehhehe

alhamdulillah....senang sedikit perjalanan aku untuk meneruskan cita-cita....
bolehlah aku blaja rajin2 n no stress!!!

adios!!! XOXO...

Sunday, September 26, 2010

orang muda......orang tua.....

kenduri kahwin adalah antara acara atau majlis yang biasanya akan merapatkan mana yang jauh.....eratkan mana yang sudah dekat.....time inilah selalunya kita akan kenal saudara mara yang jarang-jarang kita jumpa.....but that is not the point now....

it is common for orang -orang kampung untuk bersama-sama "rewang" atau gotong-royong untuk menghidupkan suasana kenduri kahwin tersebut. alkisah, saya menghadiri kenduri kahwin sepupu rapat dan sebagai orang yang masih muda bertenaga, menolong membuat apa yang patut itu sudahlah mesti.

but alsa as a yong generation i feel ashamed of some people, teenagers, even younger than me, could not even lend their hand for a help. itu belum lagi abang2 yang tenaganya diperlukan tetapi cuma duduk dalam rumah tengok TV. they would rather chatting about SUSILAWATI yang kita tahu sudah mati pun, daripada menolong pakcik2 yang sudah separuh kudratnya memasak, mencuci pinggan. katanya, serahklan pada yang pakar.

betul, but inthis case, being young i think is such an oppurtunity for us to learn and grab some culture that our children in the future could know and maybe apieces for them to appreciate the bonding build in the ceremony even it is just a wedding.

walaupun penat (sebab x de sape nak memuji saya buat kerja...hehhe) i think i have learn sonthing today. seseorang itu bukanlah matang apabila sudah berkahwin, sudah memiliki anak, atau mampu membuka syarikat. tetapi kematangan seseorang dinilai melalui pembawaan dirinya walaupun orangnya masih muda....

adios...XOXO

Wednesday, September 22, 2010

got to start back!!!

actually this is second time i feel like going to start over blog....tapi masalahnyer, x penah ade faith n strength yuk buat blog ni....i dont know how people can write in blog and post it everytime...tapi sincerely, tabik la....they must have lots of idea, sebab tu diorg mampu buat semua tuh......

anyway, i found a ways, how to always post sumthing on blog.
1. jadi seorang yang interesting. slalunyer, orang2 yang bnyak buat hal(nakal) mesti akan bnyak mende nak ditulis, atau pencinta(lovers), bnyak love story, break up, clash, rujuk balik, ex gf, dan macam2 lagi, and next is, losers. i think im kind of a person in this group. tapi lain sikit, sebab i x dapat nak tulis macam2 dalam blog. loser(pemalu atau skema), they tend to watch people around them, actually, diorang ni ada view yang lebih baik dari orang biasa. diorang akan berpikir dari sudut yang tak ada orang pikirkan. right??
2. kene la pandai bercerita. story and idea always related. kalau nak jadi bloggers yang baik....kene la slalu bercerita, share story n give messages. i love to read peoples blog n gonna always love it...
3. popular. since everybdy cares about what they gonna be...being popular is what you deadly wanted to be. mane ada oarang nak bace blog yang x terkenal kan...heheh

dengan cara2 diatas, officially in a loser that not creative enough to have a blog and not popular!!! sadisnyer hidup. but live must still go on right...till then.
adios!!!

Sunday, May 16, 2010

rumah baru....orang baru.....

selamat malam dan salam sejahtera....

16/5/2010 : pkol 6.30 pagi.....
" ala, mne satu nak kmas ni.....bnyak nyer baju...."
itulah aku.....bnyak baju yang perlu dikemas, baldi lagi, barang2 lain lagi, buku, novel...semua kne bawak untuk berpindah....lokasi rumah baru adalah sebelah kotak(MSU, bagunan macam kotak kasut) seronok...x sronok, sunyi semua ada,camni rupanyer perasaan pindah rumah baru....
agak pelik ya perasaannya....

dah masuk rumah baru....penat pulak nak kemas balik....punggah balik, banyak jugak la yang tak cukup....nseb baik la penyabar orangnyer macam aku....ehhehe

17/5/2010 : pkol 10 pagi...
keadaan bilik masih x teratur.....still macam tongkang pecah....pemalas sungguh semuanya....dalam pkol 11.30.....baru ok sket.....malam yer bukan pagi....
hhheheheh itulah.....penting wat persediaan awal tuk pindah rumah nie....

Akulah Watak Utamanya...

BAB 8


KTM sangat sesak dengan kelibat manusia yang berbeza tujuan dan destinasi. Mungkin sama, tapi tidak kesemuanya. Tidaklah rajin untuk interview semua penumpang. Menaiki komuter adalah cadangan ‘bijak dan bernas’ dari Syuhada apabila malam sebelumnya mengatakan,
“Weh, esok kita pergi Midvalley naik komuter nak? Dah lama tak naik, apa rasa dia ye?” begitulah cadangan yang tiba-tiba timbul.
“Rasa dia, aku tak tahu memandangkan aku tak pernah makan besi, tapi best gak idea kau, sejak abeh belajar, dah lupa pasal menatang tu,” begitulah jawapanku yang myokong idea tersebut sebelum menyesal. Kepada Syuhada jawapan kepada soalan anda adalah sesak, dan terasa nak penumbuk mamat depan aku yang sengaja menyandar-nyandar tubuhnya yang kerempeng kepadaku. Mungkin sebab kerempeng, maka dia senang tercampak, tetapi, mungkin juga dia menggatal, sebab itu dia sengaja mencampakkan dirinya kearahku. Menjarakkan diri adalah yang terbaik, sebelum aku tercampakkan beliau keluar dari komuter ini.
Tapi kadang-kadang ada juga kebaikannya, banyak ragam manusia yang boleh kita lihat bagaimana manusia makan banyak tapi sebenarnya tiada perut dan hati. Sungguh malang. 4 orang remaja perempuan elok bersembang-sembang bergelak ketawa diatas kerusi dengan selesanya, sedangkan ada seorang perempuan cina tua, berusaha mengimbangkan badannya mengikut haluan komuter. Yang lebih memedihkan mata dan bulu mata aku, keempat-empatnya bertudung manis, baju menutup aurat, tetapi perangai tidak serupa dengan apa yang luaran tampilkan. Alih-alih, ada seorang pemuda melayu, berambut hampir putih, mungkin warna cream, bertindik dihidung, bibir, kening, telinga, mata mungkin masih banyak lagi yang akhirnya memberikan tempat duduknya kepada wanita tua tadi. Tempat duduk yang lain semuanya sudah dipenuhi golongan veteran yang lain. Manusia, manusia. Mungkin sebab itulah wujudnya, do not judge a book by its cover dan sedangkan haiwan sayangkan anak inikan pula manusia, sehingga manusia perlu dibandingkan dengan haiwan. Pandai orang zaman dulu-dulu.

Mid Valley seperti biasa, tidak pernah lengang dengan pengunjung, lebih-lebih lagi hari minggu. Sesak!!! Walaubagaimanapun disini sahajalah tempat yang paling seronok untuk menonton wayang. Semua orang pun berkata begitu. Tapi bagi aku, tengok DVD di rumah paling seronok, boleh baring-baring, kalau tidak seronok, tidur sahaja. Senang. Kami bertiga beriringan ke kawasan pembelian tiket, dan seperti biasa, sesak juga. Rugi sungguh tidak tempah siap-siap. Senang kerja. Sekarang, beratur lagi, bila pulak nak dapat tiketnya. Sedang leka kami beratur, tiba-tiba ada seorang lelaki mendekati kami, dan dengan selambanya, berbaris bersama kami bukan dibelakang, tetapi di tengah-tengah kami bertiga. Paling dahsyat, sebenarnya dia telang memotong hampir 30 orang.
“Woi! Beratur lah!” jerit seorang pemuda. Disebelahnya seorang gadis manis bertudung. Tapi yang pelik tangan lelaki tersebut diletakkan di pinggang gadis tersebut. Sungguh tidak ku faham dunia ini.
“Korang, tolong sesangat, cakap je, I dengan korang, please!!!” pinta lelaki tersebut. Muka pula dah macam apa, takut benar. Takutkan siapa? Pemuda tadi kah? Eja sudah buat muka pelik. Syuhada pula sudah bercekak pinggang.
“He’s with us,” akukah yang mengutarakan ayat itu? Oh tidak! Memang aku. Mulut aku yang terbuka tadi. Eja sudah menjeling, Syuhada pandang confused. Manusia yang lain pandang macam tidak puas hati pun ada.
“Apa masalah awak?” Eja memulakan bersuara, tetapi perlahan sahaja.
“Ex I kejar I sampai sini, tu yang I lari,” balasnya selamba. Apa punya lelaki lah lari dari perempuan. Tapi mamat ni handsome lah. Ala-ala Fizz Fairuz, tapi versi yang lebih cerah.
“Kenapa lari? You playboy ek? Sebab tu awek marah,” Syuhada menghentam. Dia memang sensitif isu lelaki tipu wanita ini. Sangat sensitif.
“Bukan, dia yang obsess ngan I. Kitorang dah putus lama dah, dia yang tak boleh terima,” balasnya. Itulah, sape suruh handsome sangat. Kan susah. Jadi aku juga senang. Perasan cantik walau hakikat memang aku cantik. Right?
“Itu tanda dia sayang kat you, terima jelah, bukan rugi pon,” aku pula nak bercakap.
“Pape jelah, by the way, I Arif, thanks to you guys,” lari dari topik. Perkara biasa bila mahu lari dari masalah. Lelaki….
“Saya Eja, ni Syuhada, yang belakang you tu Tipah,” Tipah! Sudah aku ingatkan pada kawan-kawan ku semua, kalau perkenalkan aku pada orang lain, Intan, bukan Tipah. Jatuh lah saham aku.
“Tipah! Wow, mesti you jenis yang selamba. Nama you mesti sedap sebenarnya,” komen Arif. Oh! Terima kasih Eja sebab perkenalkan aku sebagai Tipah. Sayang kawanku.
“Ok, alang-alang I dah queue sekali, you guys tengok cerita apa?”
“Alice in the Wonderland,”
“Semerah Cinta Stiletto,”
“How to Train Your Dragon,” serentak kami bertiga menyebutnya.
“Disebabkan korang tak boleh decide biar I yang belanja and decide, ok?” ujarnya sambil menunggu jawapan kami.
“Ok, bukan senang nak dapat tiket free,” gelak besar Eja dihujung ayatnya. Agak lah, barang free, siapa tidak mahu.

Kalau ikutkan hati dan perasaan, sudah lama aku makan 4pinggan nasi lemak yang Syuhada masak. Sedap sehingga menjilat pinggan. Ini baru Syuhada yang masak, kalau emak dia yang masak, dengan pinggan-pinggan Eja telan. Setelah bersarapan dengan nasi lemak, bergegaslah aku ke bilik air untuk mandi. Nampaknya hari ini, lambat lagilah aku pergi pejabat. Apa boleh buat, nasi lemak punya pasal. Selesai mandi, baju kurung hijau gelap dengan tudung hijau pucuk pisang menjadi pilihan, baju orang beri, sekali sekala mesti pakai juga.

“Hi, pagi!” ada suara menegur.
“Ilham, pagi,” lama juga tidak nampak mamat ini. “So, family macam mana? Ok?” meyambung kembali.
“Alhamdulillah, cuma Haziq je yang meragam selalu, cari emak dia. Terima kasih sebab tolong saya hari tu,” balasnya.
“Tak ada msalah, perkara kecil je, situasi awak lagi penting,” aku membalas semula. Memang betul, keadaan kakaknya lebih penting, apa salahnya aku membantu.
“Terima kasih sekali lagi, saya masuk kelas dulu ya,” aku menghantarnya dengan pandangan kosong. Perilakunya sedikit muram, mungkin masih bersedih. Lagipun, perkara tersebut baru sahaja berlaku. Meneruskan langkah ke pejabat.
“Cik Intan, ada parents telefon tadi minta jadual anaknya ditukarkan ke sebelah pagi, macam mana?” tegur Lin setibanya di pejabat.
“Kalau awak buatkan boleh? Awak tengok jadual cikgu-cikgu, kemudian match kan dengan jadual student lain, boleh?” balasku. Kadang-kadang tugas seperti itu tidak perlu lagi aku buat. Sebab itulah aku ambil Lin kerja.

Masuk sahaja ke pejabat, sejambak ros putih dan merah menjamu mata. Siapa pula yang rajin beri aku bunga ini. SA? Secret admire? Yes! Yes! Akhirnya aku ada secret admire. Seronoknya, boleh aku cerita kat Eja. Laku juga aku ini rupanya. Tapi macam mana boleh hantar ke pejabat aku? Terlupa pulak, kata secret admire a.k.a stalker. Siapalaj mamat ini ya, mintak-mintak betul lah mamat, kalau minah? Naya aku…

Friday, May 7, 2010

Akulah Watak Utamanya...

BAB 7


Sudah seminggu rasanya Ilham mengambil cuti. Bukan bermakna aku mengambil berat, cuma, perasaan simpati atas kehilangannya. Apatah lagi, beada di tempat kejadian. Sewaktu aku, Eja dan Syuhada datang di hari pengkebumian, keadaan sedih meyelubungi rumah tersebut. Ramai yang hadir, pasti allahyarhamah seorang yang baik. Begitulah caranya orang menilai buruk baik seseorang yang telah pergi. Sewaktu Papa meninggal dahulu pun, ramai kenalan, saudara mara, jiran tetangga, datang memberi penghormatan terakhir. Ketika itu aku merungut kerana keadaan rumah yang agak sesak dengan ramai orang, tetapi kemudian Ibu ada mengatakan, “Kalau kita nak tahu, orang yang meninggal itu baik atau sebaliknya, tengak hadirin yang hadir,” pada mulanya aku kurang memahami, namun, setelah meningkat dewasa, aku faham.

Keadaan di pusat tuisyen kecoh hari ini. Seorang lelaki tua berpakaian compang-camping masuk ke dalam kawasan pusat tuisyen. Kecoh. Beberapa cikgu lelkai menangkapnya dan dibawa ke bilik rehat. Asalnya mereka mahu menghalaunya sahaja, tetapi, aku rasa lebih baik, diberi air dan makanan, barangkali dia lapar, kerana itu dia mencari kawasan yang ramai orang.

“Pakcik, air?” Iza menghulurkan air kosong pada orang tersebut. Dia menyambutnya dan menogak dengan rakus sekali. Sudah ku katakana, dia lapar dan dahaga.
“Pakcik nak makan?” sekali lagi Iza menawarkan sebungkus roti. Memandangkan hanya dia yang tiada pelajar ketika ini, aku mengajaknya menemani aku. Tak sanggup aku mahu bersendirian dengan pakcik ini. Bukan berprasangka tidak elok, tetapi sekadar berhati-hati. Aku masih tahu pekerti seorang anak dara yang sopan dan bertatasusila. Hehe.
“Aku cari orang, nama Kamarul, putih, kecik, mak dia isteri aku, Sofia,” ujar orang tua itu setelah selesai makan.
“Pakcik cari dia ke? Umur dia berapa pakcik?” aku sekadar berbasi-basi, mana tahu betul ada anak dia disini.
“6 tahun, aku ingat, aku balik kerja, dia orang hilang, aku cari sampai sekarang,” seperti ada yang tidak kena dengan orang tua ini.
“Umur pakcik berapa?” aku mahu mengorek.
“Aku muda lagi, baru 30, nama aku pakcik, semua orang panggil aku pakcik,” iza ketawa mengekek. Aku menjeling, memberi amaran. Pakcik ini sudahlah terang lagi bersuluh kurang siuman, kau pulak sesuka hati ketawa depan dia. Dia terkam sekejap lagi, aku lari dulu.
“Tak apelah pakcik, kami keluar dulu,” aku dan Iza keluar, kalau dilayan nanti aku yang pening. Akhirnya aku meminta Fikhri membawanya ke pusat kebajikan masyarakat. Sebenarnya, aku sendiri pun tidak tahu tempat mana yang harus dihantar orang begini. Hospital, Rumah sakit jiwa, banyak tempat-tempat untuk orang sebeini, tetapi aku tidak tahu mana yang sesuai. Jadi, pandai-pandailah kau Fikhri.

Menyemak senarai prestasi pelajar adalah tugas yang aku sedikit malas mahu melakukannya bukan kerana aku tidak mementingkan prestasi pelajar-pelajar, tetapi laporan prestasi itu telah disediakan oleh guru mereka yang lebih arif dengan pelajar masing-masing. Aku melihat kalender bulan September, tiada banyak tarikh yang kubulatkan yang merupakan tarikh-tarikh penting setiap tahun, seperti, hari lahir aku, Eja, Syuhada, dan ramai lagi termasuk Ibu. 24 September adalah hari lahir Ibu. Sungguh pun tidak mampu menatap matanya, mengucapkan “Selamat Hari Lahir, Ibu,” namun kusampaikan juga hadiah sebagai peringatan. Pernah tahun lepas ketika aku sedang membalut hadiah, Syuhada bertanya,
“Weh, hadiah siapa ni? Necklace, mahal kot,” tanyanya selepas makan nasi lemak kukus yang merupakan kegemaran. Sehingga mahu minta sedikit pun, tidak diber, kecuali dia sudah kenyang.
“Ibu aku, kau orang tahu kan, nak jumpa tak boleh, bagi hadiah jela,” ujarku perlahan.
“Seronoknya jadi Ibu, tiap tahun kau belikan hadiah, tahun lepas kau bagi handbag kan, tahun sebelum tu jam, sebelum tu lagi gelang. Hish, seronok lah,” ujarnya sambil memandang syiling seperti semua barang yang disebut tadi terdapat disitu. Dan aku dengan sopan santunnya, mengambil jarum dan mencucuk angan-angan perempuan berangan sebelah aku ini.
“Weh, kau orang pun masa birthday, aku bagi hadiah ape,” balasku. Memang selalunya teman-teman rapat tidak pernah terkecuali untuk aku berikan hadiah. Setahun sekali sahaja. Tidak perlu lokek.
“Hah, jelah, cawan lembu, keychain, dan liquid paper. Memang berbaloi dan aku simpan sampai sekarang,” balasnya sinis.
“Lah, ok apa, cawan lembu tu, kau kan suka lembu, comel kau kata, aku bagilah, keychain tu aku bagi sebab kau selalu hilangkan kunci rumah, liquid paper, kau kan secretary, ok lah, senang nak padam,” balasku semula sambil ketawa mengekek.
“Blah la kau, peril-perli aku pulak,” balasnya menjeling.
“Ek elah, dulu waktu dapat, kau jugak yang cakap, terima kasih setinggi gunung Everest, pastu sekarang nak kompelin pula. Aku ada juga bagi kau tudung, blouse, baju kurung favorite kau tu, aku yang bagi kan, bukan nak ungkit,” kataku sambil tersengih.
“Yela, terima kasih, tapi baju kurung merah tu, memang cantik, taste sangat, terima kasih, sayang kau. Tapi kan, kau bagi hadiah kat Ibu, Abah kau tak cakap apa-ape ke?” tanyanya kemudian.
“Manalah aku tahu, janji aku beri, tanda aku masih sayangkan Ibu aku dan aku masih ingatkan dia. Kalau Abah aku buang siaplah!” balasku.
“Kalau Abah kau buang, aku ambil, tak payah beli necklace dah, dia yang rugi,” ketawa dia kemudiannya, tetapi aku senyap sambil memnadang ke arahnya.
“Weh!” Syuhada menepuk bahuku. Bebrepa ketika kemudian. Pecah gelak kami berdua sebelum ditegur Eja dari dalam bilik. Aku tak mungkin mengambil hati dari paa yang sahabat aku perkatakan. Sebab kami susah senang sama-sama. Dan Selamat hari Lahir Ibu.